S’pura tuan rumah sukan elektronik Evo 2026

Summary

Singapura akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan sukan elektronik (e-sukan) Siri Kejohanan Evolution pada 2026, yang dianggap ramai pemain sebagai Piala Du



Singapura akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan sukan elektronik (e-sukan) Siri Kejohanan Evolution pada 2026, yang dianggap ramai pemain sebagai Piala Dunia permainan pertarungan.
Pengumuman itu dibuat pada 21 Julai, iaitu hari terakhir pertandingan tahunan yang juga dikenali dengan singkatan Evo, di Las Vegas.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mengesahkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan penganjur Evo 2026 untuk “menyampaikan edisi yang menarik dan berkesan” untuk peserta dan peminat kejohanan itu, lapor The Straits Times (ST).
“Dengan beberapa tajuk permainan pertarungan yang amat popular dalam satu kejohanan, kami teruja menjadi tuan rumah bagi Evo di Singapura pada 2026,” kata Pengarah Eksekutif bagi Sukan dan Kesejahteraan STB, Cik Ong Ling Lee.
Permainan pertarungan adalah satu genre permainan video yang membolehkan pemain memilih daripada pelbagai watak, dan bersemuka dalam pertempuran satu lawan satu.
Seorang pemain menang apabila watak lawan tersingkir, atau jika watak pemain itu meraih lebih banyak mata kesihatan apabila permainan tamat.
Kejohanan yang menawarkan permainan sedemikian boleh diadakan secara dalam talian atau bersemuka.

    A+
Label: